Sekarang gadget-gadget elektronik banyak dalam pasaran dan ianya menjadi perkara biasa untuk pengguna bertukar-tukar gadget elektronik seperti handset dan tablet walaupun harganya agak mahal.
Bagi mereka yang suka tukar-tukar handphone/tablet dan tak mahu menjualnya atau terlupa dah letak kat mana..Di sini disenaraikan apa yang boleh dibuat dengan tablet lama tersebut dari terperap dan berhabuk dalam laci..
1) Security Camera
Anda tidak memerlukan sistem keselamatan yang lengkap hanya untuk mengawasi sebuah bilik, almari, laci atau kotak barang kemas. Sambungan kamera internet keselamatan boleh lakukan tugas itu tanpa menghabiskan wang anda yang banyak.
Dengan aplikasi mudah, anda boleh mengubah Android anda atau perkakasan Apple menjadi kamera keselamatan yang merekodkan imej dan memberi amaran kepada anda apabila seseorang menceroboh. Cuba lihat Salient Eye (Android; percuma) atau Manything (Apple; percuma). Kemudian, klik di sini untuk mengetahui bagaimana ia berfungsi dan apa yang perlu dilakukan jika anda memerlukan lebih keselamatan di rumah anda.
2) Bingkai Gambar Digital
Jika anda ingin meletakkan gambar digital di dinding, anda perlu mencetak gambar tersebut. Terima kasih kepada digital fotografi yang memudahkan anda mengambil seberapa banyak gambar yang anda suka dan cetak sahaja yang mana anda mahu.
Daripada cuba untuk memilih, apa kata anda hidupkan tablet lama anda untuk dijadikan bingkai gambar. Ia boleh diletakkan di atas meja atau kaunter dan paparkan beratus-ratus gambar yang anda ada secara berturut-turut.
Untuk tablet Android, muat turun aplikasi Dayframe (percuma). Aplikasi ini bukan sahaja dapat memaparkan gambar dari memori tablet bahkan Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain. Lagi, jika anda mempunyai Google Chromecast, anda boleh dengan mudah stream foto ke TV anda dan ubahnya menjadi bingkai foto digital gergasi.
Untuk iPad, Digital Photo Frame (percuma) dan Picmatic (percuma) adalah dua aplikasi terbaik untuk tujuan ini. Digital Photo Frame membolehkan anda menarik imej dari sumber dalam talian manakala Picmatic membolehkan anda menapis gambar dan membuat layout menarik.
3) Universal Controller
Bosan dengan alat kawalan yang banyak untuk TV anda, streaming box, pemain Blu-ray dan lain-lain? Anda boleh mengubah android lama andamenjadi alat kawalan jauh universal untuk seluruh sistem hiburan rumah anda.
Kebanyakan internet TV baru, Blu-ray dan streaming video box mempunyai aplikasi kawalan jauh. Hanya masukkan aplikasi tersebut ke dalam gadget anda dan sambungkan dengan WiFi. Untuk alat yang lebih lama, anda boleh mendapatkanadapter pemancar IR seperti Zmart PRO atau stesen pangkalan Wireless-to-IR seperti Hub Harmony Logitech.
Jika anda mempunyai lain-lain alat yang disambungkan dengan WiFi, seperti mentol lampu pintar atau termostat, anda boleh mengawal mereka juga. Aplikasi seperti Remote Mouse (Android, Apple; percuma) membolehkan anda mengawal komputer anda menggunakan telefon pintar atau tablet anda.
4) Bagi kepada Anak-anak anda
Budak-budak zaman sekarang memang suka dengan gadget-gadget seperti handphone dan tablet. Jadi sebagai ibubapa perhatian anda amat perlu bagi mengawal tingkah laku anak anda terhadap kandungan gadget tersebut. Isi dengan apps interaktif bagi tujuan pembelajaran atau e-book untuk bacaan anak anda. Dan yang penting lagi set-kan parental control untuk akses ke dalam internet. Aplikasi ini mungkin dapat membantu Famigo (Android,Apple;Free)
5) Ebook Reader
Antara kegunaan lain adalah sebagai ebook reader. Anda boleh memasang aplikasi percuma Kindle (Android, Apple; percuma) untuk membaca eBook Amazon anda, atau membeli yang baru dari Google Play atau iTunes Books.
6) Alarm Clock
Dapatkan aplikasi seperti Sleep Cycle Alarm (Apple; $1), Sleep As Android (Android; percuma) atau Sleepbot (Android, Apple; percuma). Aplikasi ini dapat mengesan corak tidur anda dan membangunkan anda tepat pada masa yang betul supaya anda segar.
7) Hiburan dalam kereta
Anda boleh mainkan MP3 dari music library,boleh tengok movie, boleh buka internet dan juga boleh Google Maps.
-Banyak lagi yang anda boleh buat dengan tablet lama anda sebenarnya. Apa yang anda perlu adalah sedikit kreativiti.