Wednesday, June 20, 2018



Industri freelance telah menunjukkan peningkatan beberapa tahun kebelakangan ini di Eropah.

Pada 2011, Financial Times (UK) melaporkan 12% pertumbuhan dalam jumlah freelancer sejak 2008.
Laman freelance terkenal seperti Upwork mengatakan pertumbuhan konsisten berlaku sepanjang tahun kebelakangan ini, dengan jumlah pekerjaan yang dimuat-naik daripada 200,000 dalam suku pertama 2012 kepada 300,000 dalam masa yang sama pada 2013.

Tambahan lagi dengan jadual kerja yang sangat fleksibel, freelancer merasakan lebih gembira. Menurut 2012 Freelance Industry Report, 90% freelancer lebih gembira sekarang berbanding sebelum mereka bergerak secara solo, dan hampir separuh tidak merasakan impak akibat kegawatan ekonomi. Berkemungkinan 77% freelancer sangat optimis tentang prospek kerja mereka untuk 12 bulan akan datang.

Dengan prospek kerja sebagai freelance dilihat semakin mengujakan, tiada siapa akan menyalahkan anda untuk mencuba. Walaubagaimanapun, isu yang paling biasa dikaitkan adalah bagaimana harus bermula. Jangan bimbang, kerana membina kareer sebagai freelance sangat mudah daripada yang dijangkakan-cuba langkah-langkah yang di bawah.

1) Pilih apa yang anda akan lakukan

Setiap benda boleh di-outsourced-kan hari ini. Oleh itu, kebarangkalian kebolehan anda yang anda tulis dalam resume boleh digunakan untuk freelance.

Anda haruslah lebih berfikir di luar kotak-bukan semua daripada kita adalah grafik designer ataupun programmer. Kemahiran kedua anda sebenarnya boleh menjadi peluang untuk memulakan kareer freelance ini. Sebagai contoh, jika anda penulis berbakat, anda ada potensi untuk buat penulisan bisnes atau content writer.

Jangan mengekang diri anda dengan mengatakan bahawa anda tidak ada skill atau pengalaman yang diperlukan - anda sendiri akan rasakan bahawa betapa sedikit pengalaman yang diperlukan untuk bermula. Sedikit kepercayaan dengan kebolehan anda akan membolehkan anda pergi lebih jauh.


2) Cipta jenama

Jika anda merancang untuk berjaya dalam dunia freelance, anda perlu cipta satu jenama yang kuat yang akan membezakan anda dalam persaingan. Jenama anda adalah identiti anda (website, blog dan media sosial) dan ia harus menjadi satu pengenalan yang unik untuk anda - apa yang anda lakukan membuatkan anda lain daripada yang lain.

Selain itu, anda harus fokus dalam industi tertentu. Contohnya sebagai pereka grafik, anda hanya memilih untuk melakukan branding work untuk digital startup sahaja. Dengan kepakaran anda dalam bidang itu akan mudah dilihat dan menarik lebih ramai prospek client dan memberi anda lebih peluang untuk berjaya. Anda mungkin boleh melakukan semuanya tetapi sebenarnya anda hanya menunjukkan kecelaruan.




3) Bina portfolio dan testimoni

Dunia freelance berbeza dengan dunia korporat. Banyak client tidak akan kisah dengan kelayakan anda; mereka hanya akan melihat apa yang telah anda lakukan dan lihat jika ianya sesuatu yang mereka inginkan.

Oleh itu, jika anda dapat pamerkan keboleha anda melalui portfolio yang berkualiti dan testimonial positif daripada klien, anda mempunyai peluang untuk berjaya. Tetapi yang sukarnya adalah apila anda mahu membina portfolio dengan tanpa sebarang pengalaman.

Banyak freelance akan memberi reaksi dengan mengambil kerja-kerja yang kecil dan tidak berapa penting, jadi ini akan meletakkan diri anda dalam lingkungan kesukaran mendapatkan kerja. Untuk bekerja dengan klien yang membayar dengan harga tinggi, anda harus menunjukkan yang anda adalah layak untuk dibayar dengan harga tinggi dan dengan kerja yang berkualiti.

Jadi jangan takut melakukan kerja-kerja tanpa bayaran tinggi tetapi untuk klien yang tepat bila anda bermula. Kerja-kerja 'percuma' yang anda lakukan pada permulaan akan menjadi sesuatu yang tidak ternilai pada masa akan datang bila klien tahu anda mampu melakukan apa yang mereka mahu. Tambahan lagi, memberi perkhidmatan tanpa kos adalah pengenalan kepada diri anda kepada dunia freelance di mana anda tidak merasakan tekanan.

4) Mulakan penjualan diri anda

Anda hanya akan dapat klien yang membayar anda jika anda mempamerkan kebolehan anda (dan reputasi anda) dengan portfolio dan testimoni yang berkualiti. Bila anda telah banyak melakukan kerja-kerja 'free', tibalah masanya untuk anda menjual diri anda - maksudnya memberitahu tentang perkhidmatan anda seperti mengiklankan produk.

Tapi kepada siapa harus anda lakukan? Bila anda telah branding-kan diri anda dengan betul, anda tentu akan tahu kepada siapa harus anda jual diri anda. Bila anda fokus kepada kumpulan klien tertentu anda mempunyai lebih peluang. Syarikat-syarikat mahu bekerja dengan freelancer yang telah wujud dalam bidang tersebut dan boleh berikan apa yang mereka mahukan. - anda boleh nyatakan kepakaran anda.

Klien yang berpotensi boleh dijumpai dimana-mana sahaja: daripada Google atau sosial media atau pun depan mata anda sendiri. Kemungkinan tiada batasan.

5) Fahami asam garam sebagai freelance


Paling penting, kerja-kerja freelance ini sangat bergantung kepada klien - lebih banyak klien yang anda hubungi, lebih banyak kebarangkalian anda akan mendapat kerja. Jika anda mempunyai kebolehan yang cukup dan mencipta jenama berkualiti,  tidak akan ada alasan untuk anda tidak berjaya seperti freelancer terdahulu daripada anda.


Sumber: Mashable Asia
Share/Bookmark

Coming Soon!!!

Coming Soon!!!