Friday, May 28, 2010

Mungkin ada di antara anda yang selalu tertanya-tanya macam mana nak buat vector graphic. Untuk sesiapa yang masih bergelar beginner dalam photoshop ni, vector grafik adalah grafik yang menggunakan teknik 2 dimensi...ala2 macam cartoon jugak la..tp memang menarik dan catchy sesuai digunakan untuk iklan dan banner..
So, kitaorang nak tunjukkan macam mana nak tukarkan imej 3D macam gambar korang yang ditangkap menggunakan kamera tu kepada gambar vevtor grafik..Check it out...!

1) First of all, select gambar yang korang nak convertkan tu menggunakan lasso tool


2) Kemudian kita akan buat tracing..So pergi ke Layer>Layer Style>Color Overlay dan setkan white overlay kat opacity kepada 50%. Ini digunakan untuk trace bahagian yang gelap pada gambar dan senang untuk kita melukis (kira mcm tekap gambar la..). Duplicate layer dan setkan overlay opacity kepada 100%. Buat masa sekarang hide kan dahulu layer ini dan apabila anda mahu melihat hasil lukisan anda unhide je nanti..


3) Setkan 5-pixel brush dan pada layer baru di atas photo, mulakan trace bahagian muka. Tekan perlahan-lahan di atas pen tablet untuk mendapatkan garis yang halus.Gunakan ton dark grey berbanding hitam.


4) Gunakan kreativiti anda untuk mengedit gambar tersebut.Seperti menukarkan gaya rambut. Lebih seronok kan?


5) Teruskan dengan melukis baju.Buat satu lagi layer baru di atas gambar. Gunakan brush yang lebih tebal untuk mendapatkan kesan 3D.


6) Hilangkan color overlay pada original photo dan gerakkan photo itu ke kiri. Gunakan layer lain setiap kali mewarna rambut,muka,baju.Gunakan Caligraphic brush yang terdapat pada arrow bahagian atas menu brush.Warnakan dengan warna single mid tone.


7) Kali ini kita perlu tambahkan shadow dan highlight untuk mendapatkan bentuk yang lebih realistik.Buat layer baru setiap kali membuat shadow dan highlight pada muka ,rambut dan baju. Refer pada gambar asal untuk memudahkan anda. Sentiasa ingat untuk menggunakan opacity yang rendah pada brush dan juga soft eraser dengan opacity yang rendah juga.


8) Untuk shading baju, try untuk shading keseluruhannya dengan tone yang gelap dahulu kemudian baru erase di tempat-tempat yang ingin di highlightkan.


9) Nah hasilnya...Try it and enjoy yourself..

Share/Bookmark

Coming Soon!!!

Coming Soon!!!